Berdasarkan kepada bagaimana komputer di dalam network di konfigurasi dan bagaimana komputer di dalam network memasuki atau mendapat maklumat, network di kelaskan kepada 2 iaitu :
- Peer to Peer
- Client Server
Peer-to Peer Network
Peer-to-Peer (P2P) membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, file dan juga kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain. Semua komputer di dalam network adalah sama kerana tidak terdapat central file server. Keselamatan disediakan oleh local directory database pada setiap komputer. Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server, dan biasanya tiada administrator yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan penyelenggara network. Pengguna pada setiap komputer yang akan menentukan data yang akan dikongsi di dalam network.
Peer-to-Peer network juga dikenali dengan workgroup. Workgroup menggambarkan kumpulan kecil individu, biasanya 10 atau lebih dan berkerja bersama. Peer-to-peer network adalah pilihan yang sesuai untuk persekitaran dimana:
• Terdapat 10 atau lebih pengguna.
• Pengguna berkongsi maklumat dan printer
• Keselamatan bukan isu yang diutamakan
• Organisasi dan juga network yang berkembang dengan terhad.
Client-Server Network
Client-Server membolehkan network memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server.
Ia juga merupakan standard model untuk networking. File server me
nyediakan kebenaran
kemasukan (access) kepada maklumat dan juga menyediakan tahap keselamatan yang
diperlukan. Lebih ramai client boleh berkongsi file yang sama yang terdapat pada file
server. Kelebihan yang paling utama ialah keupayaan untuk memasuki server daripada
platform yang berbeza.