Tuesday 3 July 2012

JENIS NETWORK OPERATING SYSTEM


Berdasarkan kepada bagaimana komputer di dalam network di konfigurasi dan bagaimana komputer di dalam network memasuki atau mendapat maklumat, network di kelaskan kepada 2 iaitu :


  • Peer to Peer
  • Client Server 
Peer-to Peer Network



Peer-to-Peer  (P2P)  membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat,  file dan juga kebenaran  kemasukan  (access) untuk  berkongsi  maklumat  daripada  komputer  lain. Semua komputer di dalam network adalah sama kerana tidak terdapat central file server. Keselamatan  disediakan  oleh  local  directory  database  pada  setiap  komputer.  Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server, dan biasanya tiada administrator yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan penyelenggara network. Pengguna pada setiap komputer yang akan menentukan data yang akan dikongsi di dalam network.

Peer-to-Peer  network  juga  dikenali  dengan  workgroup.  Workgroup  menggambarkan kumpulan  kecil  individu,  biasanya  10  atau  lebih  dan  berkerja  bersama.  Peer-to-peer network adalah pilihan yang sesuai untuk persekitaran dimana:

• Terdapat 10 atau lebih pengguna.
• Pengguna berkongsi maklumat dan printer
• Keselamatan bukan isu yang diutamakan
• Organisasi dan juga network yang berkembang dengan terhad.

Client-Server Network




Client-Server membolehkan network memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server. 
Ia juga merupakan standard model untuk networking. File server me
nyediakan kebenaran 
kemasukan (access) kepada maklumat dan juga menyediakan tahap keselamatan yang 
diperlukan. Lebih ramai client boleh berkongsi file yang sama yang terdapat pada file 
server. Kelebihan yang paling utama ialah keupayaan untuk memasuki server daripada 
platform yang berbeza.



No comments:

Post a Comment