Tuesday 3 July 2012

SERVER CONFIGURATION


Di dalam modul 4 iaitu Server Configuration, kita memfokuskan bagaimana untuk membuat penyambungan dan konfigurasi rangkaian jenis Local Area Network (LAN) di makmal komputer kita. Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan iaitu (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan pula  akan menjalankan pengurusan pusat (Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan sebagainya. 

Kita mempelajari langkah-langkah installasi perisian Windows Server 2003. Seperti installasi sistem operasi yang lain, installasinya adalah mudah dan boleh dilakukan sesiapa sahaja termasuk end-user. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan installasi iaitu menggunakan kaedah boot-up dari floppy, cd-rom, hard disk, ataupun network. 

Kemudian, kita memasang dan membina objek Active Directory. Active Directory adalah perkhidmatan direktori didalam Windows Server 2003. Ia boleh merekodkan semua sumber didalam rangkaian. Kita juga mempelajari tentang DHCP (Dynamic Host Configuration Protocol) dimana Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara. Dalam istilah perkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi. Dalam membolehkan satu rangkaian itu berkomunikasi, beberapa protokol rangkaian dicipta. 

Antara protokol yang sering digunakan dan sentiasa dibangunkan ialah TCP/IP. TCP/IP (Transmit Computer Protocol/Internet Protocol) seolah-olah satu landasan yang menghubungkan diantara satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai IP Address. Memandangkan pelayan DHCP tidak akan dipasang secara automatik pada Windows Server 2003 setelah diinstallasi, ianya perlu dipasang secara manual, seterusnya melakukan penetapan yang terdapat didalamnya.

Dalam modul ini juga,kita mempelajari tentang DNS, iaitu Domain Name System. Ianya merupakan satu set perkhidmatan rangkaian yang piawai. Menerusi perkhidmatan ini, setiap klien dapat log on dan menganalisis nama rangkaian. Kita juga akan mempelajari langkah-langkah pemasangan pelayan DNS, penetapan klien DNS, membina Forward Lookup Zone, dan juga menyingkirkan zon serta menambah rekod hos di dalam modul 4 Server Configuration ini.


No comments:

Post a Comment